Kad Perjalanan APEC



Kad Perjalanan Perniagaan APEC adalah merupakan satu inisiatif Pertubuhan Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dalam usaha untuk membantu ahli-ahli perniagaan yang sering berurusan dengan negara-negara APEC.

Kad ini membantu menjimatkan masa dan kos ahli-ahli perniagaan di dalam memenuhi keperluan visa dan syarat-syarat masuk ke negara-negara APEC.

Makluman permohonan akan dikongsi bersama dan semua negara peserta untuk mendapatkan status ‘pre-clearance’ sebelum kad dikeluarkan.

Kad ini membenarkan pintu-pintu masuk di dalam negara-negara terbabit untuk memberi kemudahan aliran keluar masuk. Kad ini secara tidak langsung mempromosikan jalinan perniagaan di antara negara-negara APEC.

Untuk melayakkan permohonan untuk menggunakan Kad Perjalanan Perniagaan APEC, pemohon mestilah terlibat dengan urusan perniagaan yang memerlukan mereka untuk sering berulang-alik ke negara-negara APEC.

Maklumat yang diberikan oleh pemohon di dalam borang ini akan diedarkan ke semua negara peserta bagi mendapatkan status ‘pre-clearance’.  Keputusan atau kelulusan oleh negara-negara peserta akan disalurkan melalui Kerajaan Malaysia.


Untuk maklumat yang lebih lengkap dapat merujuk kepada website rasmi imigresen yang terdapat dalam pautan ini. Click here