Telephone: 1-300-88-2345 / +6 012 3456 175
secretary@mgcc.org.my
 
  • E-Mail: secretary@mgcc.org.my
  • Telephone: 1-300-88-2345 / +6 012 3456 175

TUNJUK PERASAAN JEJAS IMEJ NEGARA DI MATA DUNIA

Home » Berita » TUNJUK PERASAAN JEJAS IMEJ NEGARA DI MATA DUNIA

TUNJUK PERASAAN JEJAS IMEJ NEGARA DI MATA DUNIA

Posted on

Tindakan 50 graduan universiti yang telah melakukan protes atau tunjuk perasaan berhubung isu PTPTN baru-baru ini dianggap tidak mendatangkan faedah kepada negara sebaliknya menjejaskan lagi imej negara di mata dunia.

Presiden Dewan Perniagaan Global Malaysia (MGCC), Profesor Dato’ Sri Dr Alex Ong secara peribadi berkata, mahasiswa yang terlibat sepatutnya menggunakan saluran yang betul iaitu berjumpa dengan menteri berkaitan dan bukan mengadakan tunjuk perasaan.

“Saya rasa kerajaan PH bersifat terbuka dan akan mendengar luahan perasaan daripada individu-individu serta persatuan yang berdaftar dan mereka juga boleh menyampaikan memorandum kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik atau mana-mana kementerian.

“Saya lihat Kerajaan hari ini terbuka dengan pelbagai golongan kecil, sederhana atau besar sekalipun kerana masih lagi membenarkan mana-mana pihak untuk bersuara walaupun seperti penunjuk perasaan yang sanggup berjalan dari Universiti Malaya ke bangunan Parlimen sejauh lebih kurang 9 kilometer,” katanya.

Alex  berkata, beliau faham perkara itu sangat serius kerana mahasiswa tersebut telah bersepakat untuk sama-sama berjuang bagi mendapatkan hak mereka seperti yang dijanjikan kerajaan PH dalam manifesto berhubung PTPTN.

Walaubagaimanapun, mahasiswa serta pihak yang terlibat dengan PTPTN haruslah faham kerana ekonomi negara sekarang tidak menentu serta kewangan pun tidak berapa mencukupi untuk memberi serta menunaikan beberapa manifesto yang dijanjikan sebelum ini, namun saya percaya ianya sedang diusahakan.

“Saya harap tidak ada lagi tunjuk prsaan seperti ini kerana tidak mendatangkan faedah bahkan memalukan negara malah menjadi buah mulut kepada mereka yang ingin berkunjung ke Malaysia khususnya dalam sektor pelancongan.

“Mereka akan membaca surat khabar dan juga mendapatkan maklumat melalui internet berita-berita tentang Malaysia sebelum masuk ke dalam negara dan jika perkara ini dilihat, mereka akan memandang negatif untuk ke Malaysia termasuk pelajar dari luar negara,” jelasnya.

Alex berpendapat, masih ada cara lain untuk mahasiswa duduk bersama berjumpa melalui saluran-saluran betul termasuk menggunakan universiti kepada universiti atau ahli-ahli parlimen dan juga ahli dewan negara yang sedia membawa isu itu ke dalam dewan rakyat atau negara.

Katanya, salurkanlah maklumat ini kepada wakil rakyat ketika dewan rakyat bersidang dan tidak lama lagi sekitar Disember akan ada dewan negara bersidang.

Sepatutnya di sanalah tempat mereka bersuara dan dalam masa sama dapat berjumpa dengan menteri untuk mendapatkan jawapan dan sebagainya.

Selain daripada itu, jika ingin mendapat satu penjelasan yang lebih jelas boleh juga buat sosialisasi dahulu di antara persatuan-persatuan mahasiswa dan kumpulkan maklumat, seterusnya undanglah menteri terlibat supaya hadir untuk memberi penjelasan.

Alex percaya menteri akan memberi kerjasama dengan pandangan mereka tetapi golongan mahasiswa harus tahu kerajaan sekarang sedang berusaha untuk memastikan negara dapat menunaikan manifesto yang dijanjikan pada PRU yang lalu.

“Berilah masa kepada mereka lagi kerana mereka ini kita percaya dengan pimpinan Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga kabinetnya bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab demi masa depan negara pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Alex menyeru pihak bertanggungjawab supaya mendengar luahan mahasiwa kerana mereka inilah mungkin menjadi ahli ekonomi dan bakal memimpin negara nanti.

Sekiranya kita mengabaikan mereka maka mereka ini akan berasa kecewa terhadap kerajaan yang ada sekarang.