Telephone: 1-300-88-2345 / +6 012 3456 175
secretary@mgcc.org.my
 
  • E-Mail: secretary@mgcc.org.my
  • Telephone: 1-300-88-2345 / +6 012 3456 175

Lambang Keahlian MBCC

Home » Tentang » Lambang Keahlian MBCC

BENDERA adalah bersaiz 4 kali 2 kaki yang menunjukkan lambang kemegahan MGCC. Manakala tulisan MGCC adalah bermaksud Malaysia Global Chamber of Commerce dan dalam Bahasa Melayu Dewan Perniagaan Malaysia Global. Website yang menunjukkan di dalam bendera adalah laman web rasmi MGCC. Nombor yang ditunjukkan di dalam bendera adalah nombor daftar ROS MGCC.

Bendera ini digunakan untuk diletakkan di dalam pejabat serta pejabat-pejabat ahlijawatankuasa sebagai satu langkah promosi nama pertubuhan ini. Bendera juga digunakan untuk menyertai perbarisan-pebarisan yang diiktiraf oleh kerajaan pusat dan negeri sekiranya berkaitan.

LAMBANG: Berikut adalah definisi lambang Dewan Perniagaan Malaysia Global MGCC.

Warna biru menunjukkan keahlian yang bersatu manakala bunga padi di kiri dan kanan menunjukkan ekonomi semakin meningkat. Dua biji bintang di dalam kiri dan kanan menunjukkan kesetiaan kepada raja dan menyokong dasar kerajaan Malaysia. Nombor di dalam adalah nombor pendaftaran ROS Manakala warna merah di samping peta dunia adalah menunjukkan MGCC akan mengeratkan silaturrahim secara global. Huruf G adalah bermaksud global. Peta di belakang huruf G adalah bermaksud negara-negara yang akan MGCC terokai untuk meningkatkan nama Malaysia. Chamber of Commerce adalah bermaksud Dewan Perniagaan Malaysia Global. MGCC adalah singkatan dari Malaysia Global Chamber of Commerce.

Lambang ini juga sesuai digunakan sebagai lambang papan tanda atau lambang kenderaan yang tidak mengganggu nombor pendaftaran kenderaan dan juga lambang sebagai stiker kenderaan yang ditampal di sudut sebelah kiri kenderaan sebagai tanda ahli pertubuhan bagi memudahkan ahli-ahli dan dapat dikenali oleh pihak-pihak berwajib untuk tujuan tempat letak kenderaan atau memasuki tempat-tempat larangan yang memerlukan stiker tersebut. Lambang ini juga digunakan di dalam sijil-sijil penghargaan khususnya yang diberikan kepada usahawan-usahawan yang berjaya di dalam majlis penghargaan keusahawanan MGCC yang bakal disampaikan oleh pemimpin-pemimpin negara yang diundang.

LENCANA digunakan sebagai lambang di dalam uniform, pakaian seragam dan juga kot atau sebagai lambang cenderahati kepada mana-mana yang dikira layak untuk menerima cenderahati ini.

Lencana ini berbentuk klar pin bersaiz lebih kurang satu inci bulat dan dipakai sebagai lambang kemegahan ahli pertubuhan MGCC ini. Lencana ini juga akan diberi kepada pemimpin-pemimpin yang dikira layak oleh MGCC sebagai tanda menghargai baktinya terhadap MGCC.