Telephone: 1-300-88-2345 / +6 012 3456 175
secretary@mgcc.org.my
 
  • E-Mail: secretary@mgcc.org.my
  • Telephone: 1-300-88-2345 / +6 012 3456 175

Jadi Ahli

Home » Tentang » Jadi Ahli

Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut;

A. Ahli Biasa

i. Kewarganegaraan : Malaysia

ii. Umur Minima : 18 tahun

iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia

iv. Keturunan/Bangsa : Semua

v. Jantina : Semua

vi. Agama : Semua

vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Keahlian 5.1 Mesyuarat Bersetuju Bagi Membuat Penambahbaikan Fasal 4 Keahlian Dalam Perlembagaan. 1. Kriteria Keahlian Pertubuhan Adalah Seperti Berikut:

A) Ahli Biasa – Kewarganegaraan: Malaysia Atau Lain-lain Negara – Umur Minima: 18 Tahun Keatas B) Ahli Bersekutu – Kewarganegaraan: Malaysia Atau Lain-lain Negara – Syarat Tambahan: Harus Mempunyai Syarikat Yang Berdaftar Dengan Ssm Atau Syarikat Yang Diiktiraf Oleh Negara Yang Berkenaan Atau Pertubuhan Yang Berdaftar Dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. – Hendaklah Menamakan Dua (2) Orang Wakil Kepada Syarikat Berkenaan Sebagai Mewakili Nama Syarikat. C) Ahli Kehormat – Dianugerahkan Kepada Mereka-mereka Yang Merupakan Tokoh Perniagaan Atau Pemimpin Atau Mantan Pemimpin Dalam Kerajaan Malaysia Dan Boleh Dilantik Memegang Jawatan Penaung Atau Penasihat. D) Ahli Seumur Hidup – Terbuka Kepada Warganegara Malaysia Sahaja Dan Dengan Syarat Menjelaskan Yuran Ahli Seumur Hidup Sebanyak Rm300.00 Sahaja. E) Ahli Remaja – Kewarganegaraan: Malaysia Atau Lain-lain Negara Yang Berumur Dibawah 30 Tahun.

B. Ahli Bersekutu
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.

C. Ahli Kehormat
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.

D. Ahli Seumur Hidup
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.

E. Ahli Remaja
Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah.Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan.

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan
tanpa memberi sebab.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.

1. Bayaran masuk :
RM 10 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)

2. Yuran :
RM 50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)
a. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahunan
b. Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli ) RM 300
c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga ( 3 ) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
e. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
f. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahun.

3. Sumbangan
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan Pertubuhan.

4. Kegiatan Ekonomi
Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.

Download dan isikan borang untuk dihantar ke pejabat MGCC atau anda boleh terus mengisi form dibawah untuk permohonan keahlian secara online.

[recaptcha recaptcha-347]