Telephone: 1-300-88-2345 / +6 012 3456 175
secretary@mgcc.org.my
 
  • E-Mail: secretary@mgcc.org.my
  • Telephone: 1-300-88-2345 / +6 012 3456 175

Kad Perjalanan Apec

Home » Perkhidmatan » Kad Perjalanan Apec

Kad Perjalanan Perniagaan APEC adalah merupakan satu inisiatif Pertubuhan Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dalam usaha untuk membantu ahli-ahli perniagaan yang sering berurusan dengan negara-negara APEC.

Kad ini membantu menjimatkan masa dan kos ahli-ahli perniagaan di dalam memenuhi keperluan visa dan syarat-syarat masuk ke negara-negara APEC.

Makluman permohonan akan dikongsi bersama dan semua negara peserta untuk mendapatkan status ‘pre-clearance’ sebelum kad dikeluarkan.

Kad ini membenarkan pintu-pintu masuk di dalam negara-negara terbabit untuk memberi kemudahan aliran keluar masuk. Kad ini secara tidak langsung mempromosikan jalinan perniagaan di antara negara-negara APEC.

Untuk melayakkan permohonan untuk menggunakan Kad Perjalanan Perniagaan APEC, pemohon mestilah terlibat dengan urusan perniagaan yang memerlukan mereka untuk sering berulang-alik ke negara-negara APEC.

Maklumat yang diberikan oleh pemohon di dalam borang ini akan diedarkan ke semua negara peserta bagi mendapatkan status ‘pre-clearance’.  Keputusan atau kelulusan oleh negara-negara peserta akan disalurkan melalui Kerajaan Malaysia.

Untuk maklumat yang lebih lengkap dapat merujuk kepada website rasmi imigresyen yang terdapat dalam pautan ini. Click here

Nantinya akan muncul laman seperti gambar dibawah ini.