Telephone: 1-300-88-2345 / +6 012 3456 175
secretary@mgcc.org.my
 
  • E-Mail: secretary@mgcc.org.my
  • Telephone: 1-300-88-2345 / +6 012 3456 175

ISU VIGNESWARAN TIDAK PERLU DIPOLITIKKAN

Home » Berita » ISU VIGNESWARAN TIDAK PERLU DIPOLITIKKAN

ISU VIGNESWARAN TIDAK PERLU DIPOLITIKKAN

Posted on

Isu Yang Dipertua Dewan (YDP) Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran baru-baru ini yang melibatkan beliau tidak mengikut peraturan di KLIA tidak perlu dipolitikkan mana-mana pihak.

Ia adalah perkara yang sangat sensitif apalagi beliau berstatus YDP Dewan Negara juga merangkap sebagai Presiden MIC.

Presiden Dewan Perniagaan Global Malaysia (MGCC), Profesor Dato’ Sri Dr Alex Ong berkata,
komen yang diberi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berhubung permohonan maaf itu, adalah komen berasas kerana beliau telah menunjukkan bahawa beliau mengambil berat  terhadap semua kakitangan di bawah beliau, namun saya berpandangan perkara seperti ini ada kaedahnya untuk diselesaikan tanpa dedahkan data seperti rakaman litar tertutup CCTV kerana itu boleh menjejaskan salah tafsir orang ramai.

“Beliau (Anthony Loke) memberi sidang media dengan memberi fakta-fakta jelas tetapi bagi kami selain mengadakan sidang media seperti itu, kita harus melihat kepada perkara yang berlaku kepada Tan Sri YDP tersebut adalah satu perkara yang boleh diselesaikan melalui saluran lain contohnya budi bicara.

“Kita juga berharap pihak-pihak berwajib dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik kerana kesalahan yang dilakukan itu bukanlah satu kesilapan berat,” katanya.

Dalam situasi itu, Vigneswaran hanya ingin menghantar ahli keluarganya dan dalam waktu yang sama beliau mungkin mengalami kecederaan kaki yang menghalang untuk memakai kasut atau sebaliknya.

“Saya berharap Anthony Loke boleh menyelesaikan perkara ini kerana ia melibatkan soal VIP dan saya difahamkan Vigneswaran cuba menghubungi menteri pengangkutan itu tetapi tidak berjaya,” katanya lagi.

Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), MGCC ingin melihat para VIP khususnya melibatkan ahli-ahli tertinggi di dalam negara seperti YDP Dewan Negara dan Menteri Pengangkutan itu dapat diselesaikan dengan baik kerana ia akan menjejaskan lain-lain pandangan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk membuat spekulasi tidak baik terhadap kedua-dua pemimpin berkenaan.

Alex juga faham kedua-duanya mempunyai status yang tinggi dalam parti politik, contoh Anthony sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan dan Vigneswaran pula Presiden MIC malah beliau berharap tidak ada apa-apa perkara yang boleh membuka peluang ahli-ahli politik lain untuk campur tangan bagi mempolitikkan isu terbabit.

Sebaliknya, perkara itu boleh diselesaikan oleh ahli-ahli yang mempunyai jawatan tinggi dan beliau percaya laporan yang dikeluarkan pihak Kementerian Pengangkutan untuk dihantar kepada Jabatan Perdana Menteri adalah prosedur biasa yang harus dilakukan namun di sana mestilah ada ruang untuk memberi satu penjelasan daripada pihak didakwa bersalah.

Ia perlu diselesaikan secara baik kerana tidak mahu menjadi buah mulut kepada kenamaan di luar negara yang sedang bercakap mengenai perkara ini yang mana boleh dianggap bukan serius cuma dijadikan kepada amat serius untuk satu tujuan oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam peralihan kuasa dengan cara baik di bawah kerajaan PH ini, haruslah lebih terbuka dan sekiranya sesuatu kesalahan itu dilakukan, perlu dikenakan tindakan mengikut prosedur sedia ada tetapi juga mengambil kira penjelasan daripada pihak yang bakal dikenakan tindakan tersebut.

“Saya rasa bahawa tindakan sivil yang diambil oleh YDP Dewan Negara terhadap Menteri Pengangkutan itu adalah prosuder biasa bagi menterjemahkan tuntutan hak beliau melalui perundangan kerana bagi saya mendedahkan rakaman litar tertutup CCTV ini seolah-olah ada pihak yang sengaja mahu menjejaskan imejnya dan kejadian ini sekaligus akan mematangkan lagi sistem penggunaan ruang menunggu VIP tersebut serta mungkin akan menjejaskan silaturahim di antara mereka dan penyokongnya juga,” katanya.